Setiap kanak-kanak adalah istimewa dan berbeza antara satu sama lain. Seperti juga kanak-kanak yang berambut merah atau bermata biru, ada kanak-kanak yang mempunyai sebelah tangan sahaja, ada yang bergantung kepada bantuan pendengaran, atau menggunakan pendakap. Sesetengah kanak-kanak adalah istimewa kerana mereka boleh bermain dan mencipta muzik semasa mereka masih kecil, dan ada juga yang istimewa kerana mereka hidup dengan gembira walaupun terpaksa berhadapan dengan penyakit berbahaya atau kecacatan.
1. Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Mereka yang mempunyai keupayaan yang terbatas, dari segi fizikal, intelektual, emosi, atau perkembangan sosial. Pembelajaran dan aspek perkembangan mereka yang melibatkan lebih dari satu perkara mungkin terganggu. Seperti juga kanak-kanak lain, kanak-kanak istimewa ini membesar seperti manusia biasa dan perkembangan mereka melibatkan empat bahagian penting iaitu fizikal, intelektual, emosi dan perkembangan sosial.
- Perkembangan fizikal bermaksud perkembangan tulang, otot, gigi dan lain-lain bahagian badan kanak-kanak.
- Perkembangan intelektual bermaksud tumbesaran otak dan keupayaan kanak-kanak itu untuk berfikir, mengingat, dan menyelesaikan masalah.
- Perkembangan emosi melibatkan apa yang mereka rasai mengenai diri mereka.
- Bagaimana kanak-kanak bermain, bekerja dan berinteraksi dengan orang lain dipanggil perkembangan sosial.
Kanak-kanak berkeperluan khas ini membesar sebagai manusia biasa. Adalah satu kesilapan jika kita hanya menumpukan kepada ketidakupayaan kanak-kanak itu sahaja. Jika anda sebagai seorang penjaga, hanya belajar mengenai apa yang tidak dapat dilakukan oleh kanak-kanak itu, anda rugi kerana tidak belajar mengenai apa yang boleh mereka lakukan. Ingat, apa yang paling penting ialah kanak-kanak itu, bukan kecacatannya.
2. Sifat Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Memanglah menjadi hasrat ibu bapa untuk melihat anak - anak mereka berjaya dalam pelajaran supaya dapat menjadi orang yang berkelayakan dan berjaya apabila dewasa kelak. Tetapi memang menjadi satu hakikat di mana kurang dari 5 peratus sahaja kanak - kanak yang didaftarkan di sekolah - sekolah biasa akan berjaya memasuki institusi - institusi pengajian tinggi. Ini menimbulkan perasaan persaingan di kalangan para penuntut.Selain daripada kecacatan akal ada banyak lagi masalah yang boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu tidak maju dalam pelajarannya disekolah walaupun minat untuk bersekolah tetap ada. Masalah - masalah ini boleh disenaraikan seperti berikut.
1 ) Masalah kekurangan pendengaran dan / atau penglihatan.
2 ) Perkembangan yang lambat.
3 ) Masalah bahasa dan pertuturan.
4 ) Kekekokan ( clumsiness ).
5 ) Kekurangan tumpuan perhatian terhadap pelajaran.
6 ) Masalah kelakuan.
7 ) Gangguan kesihatan jasmani.
2.1. Kekurangan pendengaran dan / atau penglihatan
Kanak - kanak yang pekak lazimnya tidak boleh bertutur dengan jelas walaupun dia boleh memahami percakapan orang lain sama dengan cara bacaan bibir atau cara - cara lain. Oleh kerana pendengaran merupakan deria yang paling mustahak untuk pembelajaran , kanak - kanak yang pekak akan kebelakang didalam kelasnya. Kanak - kanak ini memerlukan cara pengajaran yang khas.
Kanak - kanak yang kurang jelas penglihatannya akan kurang mampu menangkap maklumat yang ditulis di papan hitam. Jika dia tidak menyatakan masalah kepada guru dan gurunya pun tidak mengetahui, keadaan ini akan berterusan sehingga akan menjejaskan pembelajarannya. Kebanyakan daripada kanak - kanak ini boleh dan mesti dipulihkan dengan memberi kaca mata yang sesuai.
Click here to read more.
0 comments:
Post a Comment