Mathematics for children with special needs

Focus on Mathematics for children with special needs, including the identification,diagnosis and remediation of problems.

Penulisan Ilmiah


PENGENALAN
Setiap kanak-kanak adalah istimewa dan berbeza antara satu sama lain. Seperti juga kanak-kanak yang berambut merah atau bermata biru, ada kanak-kanak yang mempunyai sebelah tangan sahaja, ada yang bergantung kepada bantuan pendengaran, atau menggunakan pendakap. Sesetengah kanak-kanak adalah istimewa kerana mereka boleh bermain dan mencipta muzik semasa mereka masih kecil, dan ada juga yang istimewa kerana mereka hidup dengan gembira walaupun terpaksa berhadapan dengan penyakit berbahaya atau kecacatan.

1.         Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Mereka yang mempunyai keupayaan yang terbatas, dari segi fizikal, intelektual, emosi, atau perkembangan sosial. Pembelajaran dan aspek perkembangan mereka yang melibatkan lebih dari satu perkara mungkin terganggu. Seperti juga kanak-kanak lain, kanak-kanak istimewa ini membesar seperti manusia biasa dan perkembangan mereka melibatkan empat bahagian penting iaitu fizikal, intelektual, emosi dan perkembangan sosial.
  • Perkembangan fizikal bermaksud perkembangan tulang, otot, gigi dan lain-lain bahagian badan kanak-kanak.
  • Perkembangan intelektual bermaksud tumbesaran otak dan keupayaan kanak-kanak itu untuk berfikir, mengingat, dan menyelesaikan masalah.
  • Perkembangan emosi melibatkan apa yang mereka rasai mengenai diri mereka.
  • Bagaimana kanak-kanak bermain, bekerja dan berinteraksi dengan orang lain dipanggil perkembangan sosial.
Kanak-kanak berkeperluan khas ini membesar sebagai manusia biasa. Adalah satu kesilapan jika kita hanya menumpukan kepada ketidakupayaan kanak-kanak itu sahaja. Jika anda sebagai seorang penjaga, hanya belajar mengenai apa yang tidak dapat dilakukan oleh kanak-kanak itu, anda rugi kerana tidak belajar mengenai apa yang boleh mereka lakukan. Ingat, apa yang paling penting ialah kanak-kanak itu, bukan kecacatannya.


2.         Sifat Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Memanglah menjadi hasrat ibu bapa untuk melihat anak - anak mereka berjaya dalam pelajaran supaya dapat menjadi orang yang berkelayakan dan berjaya apabila dewasa kelak. Tetapi memang menjadi satu hakikat di mana kurang dari 5 peratus sahaja kanak - kanak yang didaftarkan di sekolah - sekolah biasa akan berjaya memasuki institusi - institusi pengajian tinggi. Ini menimbulkan perasaan persaingan di kalangan para penuntut.Selain daripada kecacatan akal ada banyak lagi masalah yang boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu tidak maju dalam pelajarannya disekolah walaupun minat untuk bersekolah tetap ada. Masalah - masalah ini boleh disenaraikan seperti berikut.
 1 ) Masalah kekurangan pendengaran dan / atau penglihatan.
 2 ) Perkembangan yang lambat.
3 ) Masalah bahasa dan pertuturan.
 
4 ) Kekekokan ( clumsiness ).
 
5 ) Kekurangan tumpuan perhatian terhadap pelajaran.
 
6 ) Masalah kelakuan.
 
7 ) Gangguan kesihatan jasmani.
 


            2.1.      Kekurangan pendengaran dan / atau penglihatan
Kanak - kanak yang pekak lazimnya tidak boleh bertutur dengan jelas walaupun dia boleh memahami percakapan orang lain sama dengan cara bacaan bibir atau cara - cara lain. Oleh kerana pendengaran merupakan deria yang paling mustahak untuk pembelajaran , kanak - kanak yang pekak akan kebelakang didalam kelasnya. Kanak - kanak ini memerlukan cara pengajaran yang khas.
Kanak - kanak yang kurang jelas penglihatannya akan kurang mampu menangkap maklumat yang ditulis di papan hitam. Jika dia tidak menyatakan masalah kepada guru dan gurunya pun tidak mengetahui, keadaan ini akan berterusan sehingga akan menjejaskan pembelajarannya. Kebanyakan daripada kanak - kanak ini boleh dan mesti dipulihkan dengan memberi kaca mata yang sesuai.

            2.2.      Perkembangan yang lambat

Ada pula kanak - kanak yang menempuhi proses perkembangan mental yang lambat tampa apa - apa kecacatan jasmani.Walaupun umurnya sudah enam tahuin umpamanya , pengalaman dan pemikirannya mungkin seperti kanak - kanak yang berumur lima tahun. Kanak - kanak ini perlu diberi galakkan dan bimbingan yang sewajarnya untuk membolehkan perkembangan kognitifnya berterusan . Walaupun ada baiknya jika pendaftaran persekolahan dilambatkan ini selalunya tidak dapat dilakukan pada masa kini. kanak - kanak seperti ini bukanlah mengalami kecacatan akal dan jika tidak dikenalpasti dan diberi bimbingan yang sewajarnya mungkin ada menyerap konsep diri yang tidak sihat. Kanak - kanak ini akan mendapat manafaat jika dirancang.
 


            2.3.      Masalah bahasa dan pertuturan

           Kefahaman bahasa serta pertuturan adalah mustahak bagi seseorang itu berinteraksi dengan orang lain. Jika seseorang itu tidak boleh memahami bahasa atau mengunakan bahasa kerana sesuatu gangguan pada urat sarafnya , ini akan menjejaskan pembelajarannya. Keadaan ini tidak selalu berlaku tetapi perlu dikenal pasti supaya dapat diberi cara pemulihan yang sesuai untuknya. 
 

2.4.        Kekekokan ( Clumsiness )
            Kanak - kanak yang mengalami masalah ini kadangkala mempunyai tahap pemikiran yang sederhana atau lebih baik dari biasa. Tetapi kesukarannya untuk menulis atau membuat aktiviti yang memerlukan kemahiran seperti melukis selalu mengakibatkan dia dianggap sebagai kanak - kanak cacat akal. Kanak - kanak ini mungkin selalu menunjukkan kebolehannya dalam aktiviti yang lain seperti bermain catur , berbahas atau membaca yang tidak memerlukan kemahiran tangan. Kanak - kanak seperti ini perlu dikenalpasti kebolehan serta kelemahannya supaya satu kurikulum pembelajaran yang khas dapat dirancangkan untuknya. Kelemahannya untuk menulis mungkin boleh diatasi dengan cara berlatih selalu. Aktiviti hari - harian seperti mengikat tali kasut boleh diajar dengan menunjukkan setiap gerak geri tangan sehingga selesai tali kasut diikat. Ada lebih mendatangkan manfaat bagi kanak - kanak ini mengunakan pita rakaman atau menaip kerana kekekokan tangannya menghalangnya dari menulis dengan sempurna.
 



            2.5.      Kekurangan tumpuan perhatian
          Kanak - kanak yang begini selalu dipanggil ' Hyperactive ' dalam bahasa Inggeris. Selalunya tidak ada gangguan yang jelas terdapat dari pe,eriksaan klnikal.Kebolehan menumpu perhatian kepada sesuatu kerja adalah perlu untuk seseorang kanak - kanak itu menerima arahan dan pengajaran dari guru - guru atau ibu bapanya. Kanak - kanak ini tidak boleh maju dalam pembelajaran oleh sebab dia tidak dapat menarik perhatian penuh. Sebaliknya dia mungkin membawa kesulitan kepada guru dan murid - murid lain kerana dia tidak boleh duduk di kerusinya dengan lama. Kanak - kanak seperti ini perlu diberi pemulihan khas yang dipanggil 'behavioural modification ' untuk menambahkan tempoh tumpuan perhatiannya sebelum dia dapat menerima pengajaran dengan berkesan.
 

            2.6.      Masalah pembelajaran khusus
 
          Keadaan ini selalu dipanggil 'dyslexia ' dalam bahasa Inggeris. Ini dapat dikenali sebagai satu keadaan di mana kanak - kanak yang tidak mengalami kecacatan akal atau kurang minat mengalami kesukaran sama ada membaca , menulis atau mengira. Keadaan ini selalu tidak dikenali dan ini menyebabkan kanak - kanak ini meneruskan persekolahan mereka tampa mendapat bimbingann yang sesuai . Akibatnya timbul perasaan konsep diri yang negetif atau kelakuan yang mungkin menimbulkan masalah disiplin di sekolah. Kanak - kanak yang mendapati sukar membaca memerlukan orang untuk membaca kepadanya atau diajar melalui rakaman pita. Masalah pembelajaran khusus ini memang sudah lama dikenali tetapi hanya sedikit sahaja bilangan kanak - kanak yang berjaya dikenalpasti dan diberi kurikulum pembelajaran khas oleh kerana kekurangan pakar - pakar dalam bidang Psikologi pembelajaran.
 

            2.7.      Masalah kelakuan
 
         Keadaan ini boleh berlaku akibat dari masalah kekurangan pendengaran , masalah pembelajaran khusus atau kekekokan. Oleh itu keadaan - keadaan seperti ini mestilah dikenalpasti dan langkah diambil untuk mengatasinya . Kadangkala kelakuan yang ganjil itu tidak dapat dikesan puncanya dengan jelas . Kanak - kanak yang telah menempuh pengalaman yang pahit dan menakutkan mungkin suka mengasingkan diri , tidak suka bergaul atau selalu bercakap seorang diri. Berikut adalah riwayat seorang kanak - kanak yang mengalami gangguan kelakuan.
                     Abu yang berumur lima tahun mempunyai kebolehan seakan akan
                     kanak-kanak yang berumur tiga tahun. Dia selalu menolak kanak-
                     kanak lain dan tidak mengendahkan sesiapa disekelilinganya. Abu
                     boleh bertutur sedikit jika berada dalam kumpulan kanak-kanak lain
                     dia memerlukan banyak perhatian daripadanya, tetapi ibunya sendiri
                     mendapati sangat sukar hendak mendisplinkannya. Dia tidak boleh
                     menumpukan perhatian kepada sesuatu dengan lamanya. Abu asyik
                     suka bergolek-golek diatas lantai serta bercakap-cakap seorang diri. 
Keadaan ini perlu dirawat dengan cara yang khas sambil memberi peluang untuk kanak - kanak ini meneruskan perkembangan sosial , emosi , kognitif dan bahasanya.
 

            2.8.      Gangguan kesihatan jasmani
 
Seseorang kanak - kanak yang tidak sihat sudah tentulah tidak akan menumpukan perhatian yang cukup kepada pelajarannya disekolah. Kanak - kanak yang pucat mungkin sering merasa mengantuk di kelas. Kanak - kanak yang menghidap penyakit sawan mungkin meneri ubat yang menjejaskan tumpuan perhatiannya. Jika keadaan ini berterusan dan tindakan yang berkesan tidak diambil , kanak - kanak ini akan kebelakangan dalam pelajarannya.
 

3.         Pendidikan Bagi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Di Malaysia, pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas ini adalah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Khas (JPK) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang mula ditubuhkan pada 1 Oktober 1995.

            3.1.      Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan khas juga mempunyai falsafah pendidikannya yang tersendiri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

“Pendidikan Khas di Malaysia adalah usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,beriman, berdikari, mampu merancang dan mengurus kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu yang produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara”
                                                            (Jabatan Pendidikan Khas,KPM)
Jabatan Pendidikan Khas dengan jelas telah menetapkan halatuju bagi murid berkeperluan khas. Bagi kanak-kanak yang berpotensi dalam bidang akademik , mereka akan dijuruskan ke arah peningkatan dalam bidang akademik hingga peringkat pengajian yang lebih tinggi. Manakala bagi kanak-kanak berkeperluan khas yang tidak mencapai tahap akademik yang cemerlang, mereka akan diberi latihan di dalam bidang latihan kemahiran yang menjurus kepada teknik dan vokasional.

            3.2.      Program Pendidikan Khas
Di negara kita, Jabatan Pendidikan Khas telah melaksanakan program pendidikan khas melalui empat sistem iaitu Sekolah Pendidikan Khas, Program Intergrasi Pendidikan Khas, Program Inklusif dan Program Pendidikan Pemulihan. Sekolah Pendidikan Khas ialah sekolah yang diwujudkan khas untuk menempatkan murid-murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran.
Program Intergrasi Pendidikan Khas pula merupakan program yang diwujudkan di sekolah harian biasa di sekolah rendah, sekolah menengah dan sek teknik/vokasional. Melalui program ini, murid-murid yang bermasalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran ditempatkan secara separa inklusif atau separa segregasi.
Program seterusnya ialah Program Inklusif iaitu menempatkan murid-murid yang bermasalah pembelajaran belajar bersama-sama dengan murid biasa. Dan yang terakhir ialah Program Pendidikan Pemulihan iaitu untuk murid-murid yang bermasalah pembelajaran ditempatkan di kelas khas yang diwujudkan di semua sekolah aliran perdana. Dengan program-program yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Khas inilah, halatuju murid-murid berkeperluan khas akan tercapai seperti yang telah dinyatakan tadi.

            3.3.      Tempoh Pembelajaran
Tempoh pembelajaran bagi murid-murid berkeperluan khas ini pada dasarnya tiada bezanya dengan murid-murid biasa. Cuma mereka diberi kelonggaran tambahan selama dua tahun maksimum di mana-mana peringkat sama ada di sekolah rendah, menengah atau kedua-duanya mengikut keperluan murid-murid tersebut.

            3.4.      Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran juga, guru-guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan atau teknik yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, bakat, minat serta latar belakang murid berkeperluan khas ini.
Walaubagaimanapun, tanggungjawab untuk mendidik murid-murid berkeperluan khas ini adalah tidak wajar disandarkan 100% ke bahu guru dan pihak sekolah. Sebenarnya, guru, pihak sekolah dan yang paling penting ibu bapa mesti bekerjasama dalam mendidik kanak-kanak istimewa ini. Dengan itu, kesinambungan pendidikan di sekolah yang disampaikan oleh guru-guru akan diteruskan oleh ibu bapa di rumah pula. Kerjasama ini dapat meningkatkan keyakinan dan semangat kanak-kanak berkeperluan khas kerana mendapat perhatian dan didikan yang istimewa dari semua pihak.


4.         Sosial Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Persoalan besar yang menghantui kanak-kanak berkeperluan khas adalah kesediaan seluruh masyarakat menerima anugerah Tuhan dengan rasa bersyukur, tidak merasa malu, mendiskriminasikan kanak-kanak istimewa dan yang penting adalah ibu bapa melaksanakan tanggungjawab seperti yang dilakukan pada kanak-kanak normal.
Banyak kajian lepas mengenai penerimaan ibu bapa kepada kanak-kanak istimewa mendapati tidak semua ibu bapa dapat menerima kehadiran anak istimewa     (Belgrave 1991; Heinmann & Shontz 1992; Linkowski & Dunn 1994 dalam Mohd. Sharani  2004). Menurut Li, Moore & Dennis (1998), stigma sosial dan diskriminasi yang dilemparkan ke atas ibu bapa yang mempunyai anak istimewa seperti suatu sempadan yang menghalang ibu bapa menerima anak mereka. Manakala Nancy (1999) dalam Mohd. Sharani (2004) menyatakan bahawa stigma negatif yang dileparkan oleh masyarakat menyebabkan ibu bapa menjadi takut menerima kenyataan bahawa mereka adalah ibu ataupun bapa kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Olshansky (1992) dalam Mohd. Sharani (2004) menyatakan bahawa perasaan ibu bapa yang memiliki kanak-kanak berkeperluan khas merasa tidak mampu melakukan apa-apa demi kesejahteraan anak itu.
Reaksi negatif yang ditunjukkan oleh ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas berhubung kait dengan tahap kehilangan kewibawaan identiti ( Whaley & Wong 1991 dalam Mohd. Sharani 2004). Menurut Mohd. Sharani (2004)  faktor-faktor seperti terkejut, tidak percaya, hiba, marah, kecewa dan penafian banyak menjejaskan reaksi penerimaan ibu bapa yang mendapat kanak-kanak berkeperluan khas. Tidak kurang disebabkan oleh ketakutan pada penolakan sosial dan ketakutan hidup bersendirian      (Prado 1991).
Jumlah kanak-kanak istimewa yang ada dalam sekolah negara Malaysia pada tahun 1999 adalah seramai 11, 861 orang iaitu 8557 orang di sekolah rendah dan 3304 orang di sekolah menengah. Menurut Mohd. Sharani (2004) cabaran-cabaran yang dihadapai bagi memastikan kanak-kanak istimewa mempunyai akses dan menikmati peluang pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa adalah seperti berikut:
i.      Peraturan-peraturan pendidikan (Pendidikan Khas 1997) perlu disemak semula bagi memastikan tiada wujud apa-apa sekatan kepada kanak-kanak istimewa.
ii.    Program atau rancangan yang komprehensif dan berterusan perlu diwujudkan supaya sampai kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa supaya mereka mendapat maklumat dan kesedaran serta bersedia menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
iii.   Kemudahan-kemudahan tempat belajar diperbanyakkan, diperlengkap dan diperluaskan bagi memudahkan ibu bapa kanak-kanak istimewa menikmati kemudahan pendidikan.
iv.   Mekanisme yang mantap perlu diwujudkan bagi memastikan setiap kanak-kanak istimewa dapat didaftarkan.
Pendekatan pendidikan inklusif kepada kanak-kanak berkeperluan khas melibatkan usah mendidik kanak-kanak istimewa di sekolah dan kelas biasa oleh guru-guru biasa. Pendekatan ini membolehkan kanak-kanak istimewa bergaul dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran serta kehidupan sekolah dengan lebih berkesan dan bermakna. Menurut Mohd. Sharani (2004) berdasarkan falsafah itu, diharapkan objektif-objektif di bawah dapat dipenuhi:
i.      Supaya pelajar-pelajar khas dapat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pendidikan, sosial dan kerjaya.
ii.    Supaya pelajar-pelajar khas dapat berkembang menjadi individu yang mempunyai keyakinan diri.
iii.   Supaya pelajar-pelajar khas dapat pendidikan yang sama seperti pelajar-pelajar biasa yang lain.
iv.   Supaya tugas mendidik dan mengajar pelajar-pelajar ini dapat dipikul bersama oleh semua guru serta masyarakat yang lain.

            Dalam sistem kurikulum pendidikan khas, kita hanya fokus kepada membantu mempertingkatkan kemahiran akademik kanak - kanak istimewa ini berbanding dengan kemahiran atau kecekapan sosial mereka. Hakikat yang perlu diterima ialah kejayaan kanak – kanak istimewa ini banyak bergantung kepada keterbukaan mereka dalam kecekapan sosial berbanding kebolehan akademik mereka. Namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya. Kanak - kanak istimewa ini selalunya berada terkebelakang dalam pembangunan sosialnya berbanding rakan sebayanya.
Bagaimana kanak-kanak bermain, bekerja dan berinteraksi dengan orang lain dipanggil perkembangan sosial. Kanak - kanak istimewa ini cenderung kurang memliki kemahiran sosial dalam interaksi sosial dan mengalami masalah kesukaran mencipta dan mengekalkan hubungan rakan sebaya yang baik. Di mana, mereka cenderung untuk kurang diterima oleh rakan sebaya memandangkan mereka ini selalunya kaku dan silap tafsir terhadap rakan sosial selain interaksi mereka ada saja yang tidak kena. Oleh itu, adalah perlu untuk mendidik kanak - kanak ini dengan kemahiran sosial yang sesuai untuk memudahkan mereka diterima dan berinteraksi dengan rakan sebaya.
Menurut artikel ‘Functional development …’, perkembangan social didefinisikan sebagai:
“The process of development in which a child learns the skills, rules and values that will enable him or her to form connections and function among family members, peers and members of society.”
Bagi ciri-ciri social dan peribadi bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan  terhadap sesuatu. Mereka mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkah laku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.
Sebagai contoh, kanak-kanak autistik menjadi kaku apabila berinteraksi dengan orang lain. Mereka kerap dikatakan cuba mengelak daripada bertentang mata ketika bercakap, tidak mahu memulakan perbualan dan tidak suka bermain dengan rakan-rakan lain. Sesetengah kanak-kanak autistic kurang berupaya meniru apa yang orang lain buat kepada mereka. Misalnya, mereka tidak senyum apabila orang lain senyum kepadanya, tidak membalas lambaian, atau tidak bertepuk tangan ketika semua orang bertepuk tangan.
            Masalah tingkah laku sosial kanak-kanak autistik dapat dikategorikan kepada tiga, iaitu:
i)             Penghindaran social (social avoidant), iaitu individu autistic akan mengelak daripada sebarang bentuk interaksi social. Kerap kali mereka akan menjauhkan diri apabila ada orang hendak beriteraksi dengan mereka.
ii)            Bersikap tidak acuh/peduli (socially indifferent) iaitu mengambil sikap tidak peduli dengan keadaan sekelilingnya walaupun tidak pula menghindari daripada pergaulan.
iii)           Kekok atau janggal ketika bersosial (socially awkward) berlaku apabila individu ini cuba berkawan tetapi tidak berupaya mengekalkan hubungan itu. Keadaan ini berlaku kerana mereka hanya bercakap tentang diri sendiri dan tidak memahami bahawa orang lain juga mempunyai idea, perasaan, kepercayaan, sikap dan emosi. Oleh itu mereka tidak dapat menjangkakan apa yang akan disebut atau dibuat oleh orang lain dalam pelbagai situasi social.
Sebagai contoh, bagi kanak-kanak autistic, mereka tidak mempunyai sebarang niat dan keinginan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka tidak akan memberitahu atau menunjuk kepada barang yang dikehendaki, sebaliknya memegang tangan bapa atau ibu dan membawanya ke tempat barang itu. Sangat sukar mendapat perhatian mereka ketika bercakap dan mereka juga tidak memberi perhatian terhadap apa yang orang lain sedang lakukan. Kanak-kanak autistik juga sukar memahami bahasa badan dan juga ekspresi orang lain. Sebab itulah mereka tidak dapat mentafsir dengan tepat perasaan orang lain dan kerap memberi tindak balas yang tidak sesuai atau salah.
            Kanak-kanak istimewa ini perlu diberi bimbingan dan dorongan untuk meningkatkan tingkah laku positif dan mengurangkan tingkah laku yang kurang sesuai. Mereka perlu diberi peluang bergaul dengan rakan sebaya lain yang bukan istimewa supaya mereka dapat belajar bergaul dan mempelajari kemahiran social yang dijangka berlaku dalam situasi sebenar.sesuatu kemahiran social seperti berbual misalnya, memerlukan penguasaan beberapa kemahiran seperti hubungan mata, bahasa badan yang bermakna, nada dan intonasi suara yang sesuai, dan kemahiran menyoal dan menjawab soalan. Apabila individu ini mengalami masalah dalam kemahiran social, maka mereka perlu diperkenalkan dengan kemahiran yang mudah yang diperlukan sebelum diperkenalkan kepada tingkah laku yang lebih kompleks.

5.         Perkembangan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
            Setiap seorang kanak-kanak mempunyai perkembangan yang unik.  Semua kanak-kanak dijangka untuk bergaul dengan persekitaran pada tahap umur yang sesuai.  Berdasarkan  perkembangan kanak-kanak ia melibatkan pemerhatian samada seseorang kanak-kanak itu telah mengusai perkembangan pada peringkat umur yang ditentukan.
Adam  and Katrina, both four years old, have been diagnosed with an Autistic Spectrum Disorder, Adam has developed age appropriate verbal skills, but he has trouble holding a crayon and copying shapes.  He falls often when plays.  Katrina is mostly non- verbal, yet she has no trouble running around the playground and she loves to draw pictures.
Kita dapat mengatakan samada kanak-kanak itu istimewa berdasarkan perkembangannya dari segi  fizikal dan motor(physical and motor  development), perkembangan kognitif (cognitive development), perkembangan  bahasa(language), deria(sense), perkembangan social dan emosi(social and emotional development) dan perkembangan penyesuaian (adaptive development).
Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran disleksia, mereka gagal mengusai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja dan mengira.  Kesilapan semasa membaca huruf atau nombor (baca terbalik).
Contohnya       15 dengan 51
                         “was” dengan “saw”
                                   “b”   dengan “d”
Punca disleksia  adalah disebabkan keturunan atau genetik.  Dalam kebanyakan kes terdapat ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama, cuma yang membezakan ialah darjah keterukannya.  Terdapat kajian yang dijalankan telah dibuktikan disleksia adala disebabkan ole kromosom 15,1 dan 16 yang diperturunkan secara turun temurun.
            Kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan.  Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar.  Terdapat juga kanak-kanak yang lambat perkembangan pada bahagian tertentu dalam sistem saraf.  Kelewatan  kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia.
            Kanak–kanak autisme adalah kategori ketidakupayaan yang dikaitkan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial, gangguan diri dan perilaku. Kanak-kanak autisme ini sering menimbulkan kekeliruan bagi penjaganya kerana mereka kelihatan normal tetapi memaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza. Dalam kemahiran koordinasi mata-tangan, sama ada mereka menghadapi masalah atau mereka lebih maju. Teori mengatakan faktor genetik memainkan peranan penting,pemakanan yang tidak berzat,pendarahan, keracunan juga mempengaruhi pertumbuhan sel  otak .
            Kanak-kanak biasanya aktif dan mempunyai daya tumpuan yang singkat. Terdapat kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD(kecelaruan hiperaktif kurang upaya tumpuan).  ADHD biasanya wujud bersama gejala tentangan dan bantahan (Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil,keras kepala dan pemarah. Masalah harga diri  berlaku kerana kesusahan di sekolah , rumah dan rakan.  Masalah pembelajaran sering berlaku kerana tidak dapat  memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.

            Guru yang efektif adalah individu yang sentiasa memperdalamkan kemahiran dalam pengajaran bagi membolehkan kanak-kanak istimewa  mendapat hasil dari pengajarannya. Tidak semua teknik berkesan untuk semua murid dan guru perlu menggunakan variasi teknik bagi membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif bagi membantu kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran.

Kesimpulan
 
             Semua keadaan yang dinyatakan ini mesti difikirkan jika seseorang kanak - kanak itu mengalami masalah pembelajaran di sekolah. Ibu bapa haruslah bekerjasama dengan guru serta doktor untuk memastikan yang anak mereka dapat mencapai potensi dengan seberapa daya. Keadaan seperti masalah pembelajaran khusus dan kekekokan memerlukan galakan serta perasaan timbang rasa dari guru - guru dan diberi kurikulum khas. Ramai kanak - kanak seperti ini akan tidak dapat dikenalpasti di sekolah kerana kekurangan para profesyenal yang boleh membuat penilaian menyeluruh ke atas kanak - kanak ini serta merancangkan sesuatu kurikulum yang khas bagi mereka.
            Walau bagaimanapun, di Malaysia konsep ‘Masalah Pembelajaran Spesifik’ masih sangat baru dan pihak yang sering dipertanggungjawabkan dengan tugas ini adalah para guru, terutamanya guru sekolah rendah. Sehubungan itu, kepentingan meningkatkan pengetahuan para guru berkenaan murid berkeperluan khas tidak dapat disangkal lagi.
Rujukan
Attwood, T. (2002). Methods of Teaching Maths to Children with Dyscalculia. Corby :        First and Best in Education.
Chinn, S., & Ashcroft A. (2006). Mathematics for Dyslexics: Including Dyscalculia.           Willey.
Jamila K.A. Mohamed, (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Bentong:            PTS Professional Publishing.
Sheila Devaraj, & Samsilah Roslan, (2006). Apa Itu Disleksia. Batu Caves: PTS   Professional Publishing.
Universiti Terbuka Malaysia. (2006). Buku Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak           Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur.